SIARAN MEDIA: MALAYSIA TUAN RUMAH AKSI KELAYAKAN PIALA DUNIA 2026 DI ANTARA PALESTIN DAN JORDAN
2024-08-08
Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia di antara Palestin dan Jordan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Selasa, 10 September 2024.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa Malaysia dipilih sebagai venue perlawanan selepas pihak Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) mengadakan perbincangan dengan Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin baru-baru ini. Читать дальше...
